Sunday, January 24, 2010

Berat Punggung.

goyang kaki.

yeah hari ni hari minggu lagi.

sabtu yang aku nanti2.

malam ni aku mahu berparti.

sampai subuh nanti.

kepala pusing2, rancak menari.

tengok, boyfriend aku gaduh lagi.

sorang lagi mati.

woah gagah berani.

aku hanya duduk tepi perhati.

sedut winston lagi feeling.

esok, duduk rumah, on tv.

check myspace, facebook, main game lagi.

makan, tidur, mandi.

mandi, tidur, makan.

tidur, mandi, makan.

goyang kaki.

bak kata kawan aku, sampai naik langsi.

entah kenapa aku pos ini entri.

aku rasa sebab esok aku akan berat punggung lagi.

berat punggung tahap maksima.

berat buat itu, berat buat ini.

sampai telinga dengar ceramah bakal menteri.

last2, aku off tv, order mcdelivery, masuk bilik, kunci.

Saturday, January 9, 2010

Am I Still In Love With You?

ada satu soalan yang aku sering tanya diri aku sendiri.

" AM I STILL IN LOVE WITH YOU?"

aku tahu
memang hanya aku yang boleh menjawab persoalan itu
tapi aku masih tidak dapat memberikan jawapannya.

aku mahu jawab 'NO'
tapi,
ah susahnya
macam jawapan salah je.

sebab

walaupun aku punyai pengganti kamu,
aku tetap tak mahu bagitahu,
kerna aku masih fikirkan perasaan kamu.

walaupun aku pernah kata benci,
tapi aku masih fikirkan gelak tawa kamu,
sehinggakan akhirnya aku pun tertawa.

walaupun aku buang lagu kita,
tapi melodi dan setiap bait senikata masih lekat di otakku,
sehinggakan akhirnya aku menyanyikannya semula.

walaupun aku tekad tak mahu tengok gambar kau,
tapi gambar kau masih terpampang di situ,
sehinggakan akhirnya aku simpan gambar itu.

walaupun macam macam cara aku buat untuk jawab NO,
tapi bukti masih kukuh yang jawapan itu salah,
sehinggakan akhirnya aku mengalah dan jawab,







"YES I'M STILL IN LOVE WITH YOU"

Wednesday, January 6, 2010

hari pertama.

semalam, hari pertama.
ya hari pertama aku tanpa korang.
aku tak tahu kenapa,
bayangan korang masih di sini.
ramai yang bertanya,
mana kalian?
aku bilang kalian telah pergi.
pergi memulakan hidup yang baru.
wahai askar-askar seperjuanganku,
SELAMAT BERJAYA.
dengan hidup baru
aku mahu kalian ingat,
jika korang hampir tewas dengan perjuangan korang,
atau hampir tewas dengan hidup baru,
cari aku.
aku janji, aku bantu jika mampu.
kerana dulu, korang yang bantu aku,
berjuang kembali disaat aku seinci lagi mahu tewas.

Aku,

aku Nurul.
berusia 15 tahun.
aku lebih gemar berangan.
daripada bergosip.
tipu.
aku rajin melakukan kedua-duanya.
tapi aku lebih senang berimaginasi.
imaginasi tidak memerlukan kos wang yang tinggi.
sesuailah dengan aku si miskin ini.
hanya memerlukan aku dan minda yang masih berfungsi.
karya-karya aku juga imaginasi.
karya adalah seni.
karya aku adalah seni sampah yang aku sedang cuba kitar semula.
entah bila, ianya semakin bergaul dengan aku.
jiwa aku pun, entah bila, makin suka semuanya.
cara ini, cara aku sendiri.
melepaskan semua imaginasi.
terbang sendiri tanpa mimpi.
sekarang, ilusi diri menjadi mainan jiwa.

Waktu.

tik tok tik tok.
waktu pantas berjalan.
tak.
waktu sedang berlari.
dan aku si kerdil sedang mengejarnya.
waktu itu gergasi.
seminit terlepas, hancur.
waktu itu bukan boleh dijual beli.
kalau boleh, sudah pasti semua orang berpusu-pusu ke kedai runcit terdekat hanya untuk membeli waktu untuk menggantikan waktu yang telah mereka bazirkan.

sahabat, ayuh kita berlari seiring dengan waktu.
mungkin kita dapat memintasnya.
jangan kita tertinggal seinci pun dibelakangnya.
nanti kita menyesal.