Kau masih ingat?
Padang lalang yang luas ini, tempat kita.
Tempat kita mula berjumpa
Tempat kita mula bersuara
Tempat kita mula bercinta.
Berlari sepasang anak kecil
Yang menganggap sahabat itu cinta pertama
Sehinggalah sepasang anak kecil itu menjadi remaja
Masih mereka anggap yang sahabat itu cinta pertama
Dibinanya satu piramid di atas kertas bersih
Diletaknya keluarga, sahabat, teman dan rakan
Tahu sahabat letaknya di mana?
Di baris kedua selepas keluarga
Dan disimpan daripada anak kecil hingga remaja
Tawa dan tangisan dua anak kecil itu
Sentiasa ditemani si keding lalang yang makin hari makin meninggi
Sehingga remaja, begitulah ia
"Kau tahu, dari aku kecil, hingga aku remaja, aku lihat hanya sepasang manusia yang menganggap sahabat itu cinta pertama. Dan tak pernah bosan walau sudah bertahun bersama"
"Di mana kau lihat?"
"Di padang lalang ini"
"Siapa yang kau lihat?"
"Kau dan aku 10 tahun yang dulu, sekarang dan kau dan aku yang akan datang. KITA"
Friday, September 9, 2011
Thursday, August 18, 2011
Bersebab.
"Kenapa kau ada 17 ex hanya dalam masa 2 tahun?"
Ada seseorang yang bertanya kepada aku.
Pelik kan? 17 ex dalam 2 tahun?
Kalau pada mata orang lain, mesti PLAYGIRL dicop ditampal pada dahi aku besar besar.
Aku tak marah. Dengan tenang, aku cerita sebab kenapa 17 ex dalam 2 tahun.
"Sebab aku senang terima orang"
Dia tanya lagi,
"Takkan seorang pun tak kekal?"
Aku jawab, "Tak"
"Takkan kau tak sayang diorang kot?"
Jawapan aku, "Sayang tapi tak guna"
Dia terus bertanya, "Kenapa kau mudah terima dan sayang orang?"
Dengan riak wajah yang paling kosong, aku jawab,
"Kau dengar sini, aku pernah sukakan seseorang. Pernah sayangkan seseorang. Terlebih sayangkan daripada diri aku sendiri. Bukan mudah. Dua tahun aku cuba berdiri dekat dengan dia, menjadi apa saja untuk dia, tapi, sia-sia! Dia punca utama aku mudah tewas dengan kata-kata. Aku mudah terima dan sayang supaya aku dapat padam semua rasa sayang untuk dia. Aku cuba buat macam-macam benda, akhirnya, aku hanya mampu merelakan hati dan perasaan aku sayang orang lain. Semua demi menipu perasaan sendiri."
"Tapi hati kau, tak sakit macam tu?"
"Kenapa pula?"
"Menipu perasaan sendiri, dipermainkan orang-orang yang bijak berkata-kata?"
"Aku lali dengan semua tu. Puncanya, tetap dia"
"Dan sebab tu kau jadi kepala batu macam ni?"
"Salah satu. Aku tak reti berperasaan. Aku tak suka. Aku lagi suka jadi kosong"
"Sampai bila?"
Aku diam. Kemudian entah dari mana, satu ayat mengalir keluar dari mulut aku,
"Sampai aku betul-betul dapat buang dan padam rasa sayang untuk dia"
Percaya atau tak, sampai sekarang, sayang tu belum dibuang dan dipadam. Parah kan jadi orang yang terlalu sayangkan orang lain lebih dari diri sendiri? Parah kan jadi orang yang terlalu mencuba untuk mendapatkan sesuatu yang takkan jadi?
Cukuplah sekadar korang tahu yang semua benda yang aku buat, ada sebab.

-Si Pathetic-
Friday, May 13, 2011
Janji Sahabat.
Adam Arjuna.
Anak Melayu kacukan Cina yang baru berusia 18 tahun.
Anggun Zara.
Gadis Melayu tulen yang seusia dengan Adam Arjuna.
Mereka mulanya hanya kawan facebook.
Tetapi kebetulan 1 tahun lebih selepas itu, mereka berjiran.
Anggun berpindah hanya selang beberapa rumah dari rumah Arjuna.
Sejak itu, bertambah rapatlah mereka.
Mereka menyukai satu sama lain.
Tapi Arjuna tahu walaupun dia cinta separuh mati pada Anggun sejak perkenalan mereka,
Anggun tidak begitu. Anggun selalu bercerita yang dia sukakan rakan sekelasnya di sekolah dulu.
Walaupun itu dulu, Arjuna tahu hingga kini pun dia masih belum boleh terlalu pasti yang Anggun cinta pada dia.
Arjuna tahu yang dia hanyalah pilihan kedua selepas rakan sekelas itu.
Anggun sebenarnya sayangkan Arjuna, dan sukakan bekas rakan sekolahnya itu.
Setelah 3 bulan mereka berjiran, hampir 2 tahun berkawan, Arjuna mencuba nasibnya.
Mereka pergi ke Bukit Cinta.
Di bawah bumbungan bintang yang bertaburan di langit malam itu,
Ayat "Yes I would be the girlfriend that you could introduce to the whole world as only yours" ,
menjadikan mereka jiran, sahabat karib, dan pasangan kekasih.
Mereka bahagia.
Sehinggalah muncul semula bekas rakan sekelas Anggun.
Azrie Fahmi. Wajah pan-Asian nya memang boleh menawan mana mana gadis. Termasuklah Anggun Zara.
Arjuna sebagai seorang lelaki yang terlalu menyayangi kekasihnya, sedikit sebanyak mulai rasa goyah dan resah.
Arjuna mulai rasa serba tidak kena.
Anggun lebih banyak menghabiskan masa bersama orang lain.
Dan orang lain itu termasuklah Azrie.
Arjuna mulai ragu-ragu.
Tapi dia masih sabar, dia tidak mahu membesarkan isu sebegini.
Dia pernah cuba bercakap mengenai isu ini, tetapi, Anggun meminta dia memberi ruang untuk bersama kawan kawannya.
Arjuna yang terlalu menyayangi gadis cantik itu, akur.
Entah di mana silapnya, Arjuna dan Anggun bertelagah.
Kata Anggun, dia tidak suka Arjuna melayan seorang gadis, kenalan lamanya.
Anggun cemburu buta.
Tahap kesabaran Arjuna sampai ke puncaknya,
Dia menghamburkan semua rasa tidak puas hati tentang kemesraan Anggun dengan Azrie.
Akhirnya, Arjuna melepaskan Anggun.
Dia menganggap Anggun masih bukan untuknya. Dan mungkin tak akan jadi.
Dia merasakan yang Azrie lebih layak untuk Anggun.
Anggun keliru, tetapi dia tetap menghormati keputusan Arjuna.
Sejak itu, mereka jarang berhubung.
Semua sudah tidak seperti dulu.
Arjuna sering menghabiskan masanya di rumah,
Bermain game, memetik gitar buruk kesayangannya.
Mengintai ke luar dari tingkap biliknya, cukup lah sekadar melihat Anggun dari jauh.
Tidak pernah putus doanya agar Anggun bahagia bersama Azrie.
Anggun pula lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawannya supaya semua kesedihan dapat dia tutup.
Beberapa bulan kemudian, Anggun memang bahagia dengan Azrie.
Sebagai kekasih.
Arjuna yang mendapat berita, turut gembira kerana apa yang didoakan, dimakbulkan.
Kebetulan, dia mendapat tawaran menyambung pelajaran ke luar negara atas tajaan JPA.
Sebelum pergi, dia mengatur satu pertemuan terakhir dengan Anggun, di Bukit Cinta.
Di akhir pertemuan terakhir itu, dia menyerahkan sepucuk surat kepada Anggun.
Dia meneruskan hidupnya bersama cintanya Azrie Fahmi tetapi tanpa teman sejatinya Adam Arjuna.
Dia memegang setiap kata-kata Arjuna.
Dan setiap kali dia rindu, pasti dia akan nampak bayang Adam Arjuna pada bintang.
Anggun dan Arjuna, dulunya hanya kawan, pernah menjadi lebih dari kawan.
Walaupun jodoh mereka tidak panjang, tidak pernah terlintas istilah lawan dalam fikiran mereka.
Walau berlainan jantina, walau pernah bertikam lidah, walau pernah bermasam muka, walau pernah bercinta, mereka tetap berpegang pada janji persahabatan yang pernah termeterai di awal perkenalan mereka dahulu.
Mereka bukanlah orang yang memungkiri janji terutamanya Janji Sahabat :)

"Anggun Zara, the name is as beautiful as the person is. I'm very grateful that I've known you for almost 2 years now. You've been such a great bestfriend, sister, and not forgetting, ex-girlfriend. I know its been months we're not like we used to be but trust me, in my heart, you still remain at the same position. It's been a while since we last talked to each other. Since this would be the last words for you before I go, I'd like to say few things. Firstly, I'd like to apologize for hurting your feelings and been a bad friend or ex-boyfriend. I'm sorry I'm not the perfect boyfriend you're searching for. I would also like to advice you to take a good care of yourself, live your life to the fullest. And remember, I don't even blame you for the breakup thingy which I know you blamed yourself. In a relationship, rupa je tak cukup, baik je pun belum tentu cukup, sweet? Lagi la tak tentu cukup. We're human beings, we want everything to be perfect. But that doesnt exist, little angel. Since now you're with Azrie, I hope you both will live happily ever after like those fairytales. Hihi. Now you know how it feels to be with someone you've been wanting for so long and love the most. Not just that, a zillion thanks to you because you brought the other side of me which is the real me. You've made me a strong guy, you've made me a better guy. You really changed me. I think that's all. Kalau rindu saya, pergilah Bukit Cinta. Bayang saya akan ada pada bintang bintang. Dan tolong jangan lupa semua janji kita. Kita bukan orang yang mungkir janji kan? Lastly, please bear in your mind, I would still introduce you to the whole world as one of the precious lady in the world. I still love you, Anggun Zara.
Sincerely, Adam Arjuna (:"
Dan airmata Anggun, menitik pada sepucuk surat terakhir itu.Dia meneruskan hidupnya bersama cintanya Azrie Fahmi tetapi tanpa teman sejatinya Adam Arjuna.
Dia memegang setiap kata-kata Arjuna.
Dan setiap kali dia rindu, pasti dia akan nampak bayang Adam Arjuna pada bintang.
Anggun dan Arjuna, dulunya hanya kawan, pernah menjadi lebih dari kawan.
Walaupun jodoh mereka tidak panjang, tidak pernah terlintas istilah lawan dalam fikiran mereka.
Walau berlainan jantina, walau pernah bertikam lidah, walau pernah bermasam muka, walau pernah bercinta, mereka tetap berpegang pada janji persahabatan yang pernah termeterai di awal perkenalan mereka dahulu.
Mereka bukanlah orang yang memungkiri janji terutamanya Janji Sahabat :)
Subscribe to:
Posts (Atom)