Friday, September 9, 2011

Kita.

Kau masih ingat?

Padang lalang yang luas ini, tempat kita.
Tempat kita mula berjumpa
Tempat kita mula bersuara
Tempat kita mula bercinta.

Berlari sepasang anak kecil
Yang menganggap sahabat itu cinta pertama
Sehinggalah sepasang anak kecil itu menjadi remaja
Masih mereka anggap yang sahabat itu cinta pertama

Dibinanya satu piramid di atas kertas bersih
Diletaknya keluarga, sahabat, teman dan rakan
Tahu sahabat letaknya di mana?
Di baris kedua selepas keluarga
Dan disimpan daripada anak kecil hingga remaja

Tawa dan tangisan dua anak kecil itu
Sentiasa ditemani si keding lalang yang makin hari makin meninggi
Sehingga remaja, begitulah ia

"Kau tahu, dari aku kecil, hingga aku remaja, aku lihat hanya sepasang manusia yang menganggap sahabat itu cinta pertama. Dan tak pernah bosan walau sudah bertahun bersama"
"Di mana kau lihat?"
"Di padang lalang ini"
"Siapa yang kau lihat?"
"Kau dan aku 10 tahun yang dulu, sekarang dan kau dan aku yang akan datang. KITA"