Sunday, December 20, 2009

Matang

Nama aku Beeya. Ini kekasih aku, Alfie.

Aku berumur 14 tahun dan dia berumur 20 tahun.

Perbezaan umur kami agak jauh bukan?

Aku masih menuntut di SMK Pandan Mewah dan dia menuntut di UiTM Seri Iskandar, Perak dalam jurusan Interior Design.

Aku akui bukan mudah sebenarnya untuk bercinta dengan orang yang umurnya jauh lebih tua dan fikirannya jauh lebih matang.

Tapi kematangan itu yang sebenarnya buat aku jatuh cinta sama dia.

Kami telah bercinta selama setahun 4 bulan.

Aku teringat lagi saat kami berantam besar. Puncanya, aku tidak mempercayai dia, dan aku adakalanya melayan dia seperti endah tak endah.

Malam itu dia hilang kesabaran maka maki hamun yang aku terima. Saat itu juga kami putus.

Malam itu juga Alfie telefon aku semula. Pukul 3 pagi.

“Assalamualaikum.” suara di hujung talian.

“Waalaikumussalam.” Balasku pendek.

“Sayang, I’m so sorry. I shouldn’t have said those words to you last night. I’m really sorry sayang.”

“Hm.”

“Sayang please jangan macam ni. U know what?”

“What?”

“You cuba pergi dekat tingkap you sekarang.”

“Er? For what? Malaslah.”

“Sayang, please. Bangun laa. Go and take a look outside your window.”

Aku diam. Aku kaku. Aku lihat kereta miliknya di luar rumah aku. Di atas bumbung keretanya, tertera tulisan ‘Will You Be Mine Forever Again?’

Aku terus turun lalu berlari anak mendapatkan dia. Aku peluk erat dia. Aku menangis dalam dakapan dia. Dia kucup dahiku dan bersuara, “Sayang, I can’t live without you. You’re my oxygen sayang. I love you so much. Will you forgive me and be mine again?”

Aku pandang matanya, dan dia tahu itu tandanya aku mahu menerima maafnya dan mahu menerima dia kembali.

Sejak dari itu, kami tidak pernah lagi bergaduh atau bertengkar tentang sesuatu yang remeh. Aku menjaga perasaan dia, dan dia menjaga perasaan aku. Kami menjalani hubungan cinta yang adil.

Walau teman-teman ramai kurang bersetuju dengan hubungan kami hanya kerana, dia budak universiti dan aku budak sekolah, tapi kami tidak peduli. Age is just a number. Satu hari nanti kami sama-sama tua. Kami sama-sama bahagia.

Kematangan benar-benar buat aku jatuh suka, jatuh cinta buat selamanya.


Buat Mohd Alfie B Razali, aku, Nur Nabeeha Bt Hasif sangat sayang sama kau. Kau oxygen aku juga sayang.

0 comments:

Post a Comment