aku terima.
alahaii kesiannya kalau aku tolak.
sayang.
itu yang kita bahasakan diri kita.
dan adakalanya kita punya panggilan2 pelik.
seperti kau, monkey, pornstar.
aku suka panggil kau monkey.
dan aku jugak punya nama pelik, munyit, bby.
hahaha.
kita bahagia kan saat itu?
seminggu lepas itu,
hari jadi aku.
kau adalah hadiah hari jadi aku yang paling aku sayang.
kau orang pertama mengucapkan selamat hari jadi.
hari jadi itu paling aku ingat.
sebab kita gembira hari itu.
aku gembira sebab mereka ingat hari jadi aku, sanggup berhabis kerna aku.
dan aku lagi gembira sebab ada kau.
aku mula jatuh sayang sama kau.
minggu kemudiannya,
kita punya hal sendiri.
kau dengan peperiksaan kau.
aku dengan ulangkaji aku.
kita sama sibuk.
tapi aku tak pernah lupa untuk ucap selamat malam buat kau tiap malam.
minggu seterusnya, aku mulai sibuk dengan peperiksaan aku sendiri.
kita jadi renggang.
jarang berhubung.
aku jadi rindu.
aku sudah menghitung hari habisnya peperiksaan.
kerna aku sudah janji untuk bertemu kau saat habis peperiksaan.
hari jumaat.
tapi saat terakhir kita terpaksa batalkan.
kau perlu menghadiri kem apa ntah.
saat situ la kau dan aku jadi renggang yang memang sangat longgar.
aku dapat rasa kita mulai jauh.
kau jarang mengangkat panggilan aku.
jika angkat pun, 3 minit, kemudian kau dengan selambanya putuskan talian.
kau jarang membalas pesanan ringkas aku walaupun hakikatnya aku tahu kredit kau banyak lagi.
tahap pertama, aku masih boleh bersabar.
aku tetap ucap selamat malam buat kau, aku tetap tak lupa ucap sayang buat kau.
aku akan berharap kau membalas pesanan ringkas itu.
tapi aku akan menguburkan harapan itu sebab aku tahu kau takkan balas.
sedangkan apabila genapnya kita sebulan bersama, aku rasa kau lupa.
aku ada meninggalkan pesanan ringkas buat kau.
tapi kau tak balas. seperti biasa.
dan aku agak kau lupa hari itu tujuh belas hari bulan sebelas.
sebulan selepas tujuh belas haribulan sepuluh.
sampai satu pagi, pagi khamis.
aku buat keputusan untuk meninggalkan pesanan ringkas bagi memutuskan hubungan.
pada mulanya hanya untuk menduga reaksi kau.
tetapi,
tindakan kau, membalas pesanan itu dengan maaf jika kau buat aku kecil hati sepanjang sebulan dua hari.
aku diam.
aku fikir, aku terima.
tapi bukan sepenuhnya.
aku biar pesanan ringkas itu terperam di dalam inbox aku.
hari itu juga aku jadi sedih.
bukan saja sebab dia.
tapi sebab temanteman aku.
mereka mahu pergi jauh.
hari itu hari aku ditinggalkan semua orang.
aku jadi sepi.
aku mahu kau kembali.
tapi kau sudah jauh pergi.
kau takkan toleh lagi. aku tahu.
aku mahu mereka lagi saat aku begini.
tapi mereka juga pergi.
dan berkemungkinan mereka juga tak mahu toleh lagi.
hari itu aku jadi gila.
airmata aku mengalir sendiri.
aku jadi murung bisu.
sebulan dua hari. terima kasih.
kau ubah aku jadi begini.
sampai saat ini, entah kenapa aku sukar menerima lelaki.
bukan mahu kata aku suka perempuan, tapi aku hanya mahu orang yang betul betul aku rasa bisa bahagiakan aku kembali.
sampai sekarang, janji dia masih aku pegang walaupun sebenarnya dia dah mungkiri.
aku dah susah nak berdiri sendiri.
sampai sekarang dia masih ada dalam kepala otak aku lagi.
Tuhan, tolong bawa dia lari dari minda aku ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment