Sunday, December 20, 2009

Pertemuan

kali pertama.
pertemuan dengan kamu.
ya engkau.

mata aku melilau.
pandang pandang.
cari cari.
maklumlah perempuan gatal.

melilau mata aku.
orang pandang aku.
peduli apa.

tiba tiba aku nampak kau.
ya kau.
tapi aku hanya pandang kosong.
takut mahu tatap lama lama.
segan.
aku pandang sebab kau comel.

aku melabuhkan punggung ku.
tepi situ.
sama dengan rakan rakan aku.

setin coca cola di tangan.
mata masih mencari.
rakan sebelah kiri aku menghulurkan sekotak rokok.
aku ambil, aku pijak, lantak.
sebenarnya dia tahu aku tak sentuh benda benda tu.
dia tahu aku benci rokok.
sengaja menduga.
dan akhirnya padan muka, salah dia.

mata aku sekali lagi menerpa ke diri engkau.
lama aku pandang.
mungkin kau perasan aku pandang.
tapi aku tak hirau.

sebab aku suka.
suka tengok kau.
kau comel.

kemudian kau duduk.
sebelah aku.
aku perasan kau macam pandang aku.
tapi aku perasan je.
aku memang gini.
semua nak perasan.

diam.
aku diam.
kau diam.
aku pandang.
kau pandang.
aku tunduk. malu.

lama lama.
tiba tiba.
kau tegur aku.
kau tanya nama aku.
kau tanya aku dari mana.

mula mula aku diam.
tak mahu layan.
konon jual mahal.
ego tahu.
walapun hati aku suka.

kemudian kau bilang.
mari lah kawan.
aku tak makan orang.
kau mula gelak nakal.

aku mula senyum.
kau tanya lagi soalan tadi.
baru aku jawab.

lama kita borak.
rakan sebelah aku mula jumpa kawan baru juga.
mereka sama mereka.
aku sama engkau.

waktu kita sedang berborak,
aku terima panggilan.
kerna aku anak dara, ibu di rumah sudah bising.
lewat malam, tak pulang, bimbang.

jadi aku terpaksa pergi.
kau suruh aku tunggu.
tapi aku terpaksa pergi.
walaupun aku benar benar mahu tunggu.
maaf.

dan atas kelam kabut aku terpaksa itu.
kau lupa.
aku pun lupa.
aku sengaja buat lupa.
sebab aku malu.
malu mahu nombor kau.

sampai rumah,
aku baring.
panas, aku mandi.
lepas itu, aku berfikir.
masih berfikir tentang kau.
ya kau.
mata kau, cara kau,
ahh aku suka kau.
tapi aku tak jatuh sayang sama kau kan?

sampai sekarang
aku masih teringat
saat kau, aku, semua ngobrolan2 kita,
bawah bintang,
malam itu.
pertemuan kau dan aku.
dan sampai sekarang aku teringat kau.

mata kau, aku suka.
cara pemakaian kau, aku suka.
cara cakap kau, aku suka.
cara gelak kau, aku suka.
cara senyum kau, lagi aku suka.

tapi aku tak jatuh hati sama kau kan?
aku tak jatuh sayang sama kau kan?
suka semua tu akan mengundang aku jatuh sayang pada kau ke?

harap tidak.
sebab kau tak suka aku.
jadi kalau aku jatuh sayang sorang,
sakit. aku tak mahu.

pertemuan itu aku ingat sampai bila2.
dan aku harap aku bertemu kau lagi.

0 comments:

Post a Comment