semalam,
aku pergi situ.
pondok itu.
boleh nampak menara maxis,
boleh nampak bus stop,
ingat tak pondok itu?
kau lupa kot.
situ la tempat kau baring atas pangkuan aku,
situ la tempat kau nyanyi untuk aku,
dan situ la tempat aku mula jatuh sayang pada kau.
tempat aku sambut hadiah hari jadi aku yang paling aku sayang.
situ, tempat kita gelak ketawa.
kau ingat dah?
bagus la kau dah ingat.
aku rindu.
jadi aku pergi situ,
aku menapak dari luar tu, ke dalam jalan tu, ada beberapa orang berjoging berlari anak melintasi aku.
maknanya aku jalan perlahan. sangat..
sebab aku masih terlihat kelibat kita. jalan situ, kau dengan rokok kau, aku dengan lamunan aku.
comel nya kita.
sampai di pondok itu,
aku dah memasang niat untuk tenangkan diri di situ,
untuk duduk.
tetapi, beberapa langkah saja lagi untuk sampai pondok itu,
dari jauh aku sudah lihat kelibat orang.
dua orang.
sepasang kekasih.
mulanya kabur pada pandangan aku,
tapi makin aku dekat,
aku diam kaku.
aku jadi sebak pilu.
aku kenal benar si lelaki itu.
itu kau!
ya kau!
yang dulunya buat aku ketawa di pondok itu.
aku masih berhalusinasi mungkin.
tapi. kenapa perempuan itu bukan aku?
rupanya aku tak behalusinasi lagi.
itu memang kau.
ya muka itu, senyuman itu, gelak tawa itu,
suara itu!
suara yang menyanyikan lagu you belong with me.
aku kenal sangat.
bagai dihenyak kotak besi dari langit,
air mata aku mengalir.
aku pergi dari situ.
aku tak mahu kau lihat aku.
lagi2 bila aku sedang mengalirkan airmata.
malam itu, aku duduk di atas tilam kecil di kamarku,
memikirkan insiden siang tadi yang bukan halusinasi.
kau sudah ada pengganti.
kini kau boleh bercanda di situ bersama si pengganti.
menyanyi, berbaring atas pangkuan, gelak ketawa.
pondok itu,
tetap jadi tempat kegemaran aku.
melihat jam menara maxis,
orang mengomel sendirian melintasi pondok itu.
dan aku masih lihat kita, di pondok itu.
bercumbu, tersenyum sendiri.
tapi semalam, aku lihat, drama yang sama,
heronya masih lagi kau, cuma heroinnya bukan lagi aku.
tapi si pengganti.
kau tidak ketawa depan aku lagi,
tapi depan si pengganti,
kau tidak berbaring atas pangkuan ku lagi,
tapi atas pangkuan si pengganti,
kau tidak bernyanyi riang buat aku lagi,
tapi buat si pengganti.
dan kau tidak bercumbu dengan aku lagi,
tapi kau bercumbu dengan si pengganti.
aku rindu kau,
selamat malam.
titipkan kiriman salam buat si pengganti.
semoga kalian bahagia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment