Buta.
Ya, aku buta.
Sejak kecik lagi aku dilahirkan buta.
Aku berusia 34 tahun.
Seorang wanita yang sudah punya cinta.
Cinta itu aku jumpa ketika menuntut di sekolah khas orang buta.
Nama cinta itu Budi.
Budi seusia denganku.
Dia buta sewaktu berumur 3 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengorbankan ahli keluarganya.
Aku pernah bertanya dia, “Dulu, aku ingat lagi ada orang yang mahu dermakan matanya untuk kau, kenapa kau tolak?”
“Huh?”
“Alah. Kau jangan buat tak mengerti. Aku ingat lagi. Tahun lepas. Aku yang berada di sisi kau ketika perbincangan itu.”
“Oh. Aku tak mahu.”
“Kenapa? Bukankah kau yang mahu melihat dunia semula?”
“Memanglah. Tapi aku rasa jika aku buta lebih bagus. Walaupun aku tak melihat dunia, tapi aku masih punya mata hati yang tidak buta.”
“Ha?” aku tak mengerti.
“Mata hati aku masih dapat rasa cinta kau. Jika aku boleh melihat, pasti aku tidak mahu kan kau. Malah pasti aku terpisah dari kau. Jadi aku rasa lebih baik aku buta. Aku tak terpisah dengan kau, dan aku tak terpisah dengan cinta kau.”
Aku diam.
Sampai satu hari, ada seorang pemuda, yang sanggup mendermakan mata nya buat kita. Tapi, dia punya sepasang saja mata. Kita berdua. Dua pasang. Lagi sekali kau tolak tawaran itu. Aku pun tak mahu.
Bila orang tanya mengapa, jawapan kita sama. “Saya masih punya mata hati yang tidak buta.”
Sampai kita tua, kita berkahwin, kita masih buta. Tapi mata hati kita tetap dapat melihat cinta.
Cinta, apa saja boleh jadi dengan cinta. Kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment