Sunday, December 20, 2009

1

Aku terasa bagai baru semalam aku dilahirkan.
Bagai baru semalam aku terdengar seorang ibu mengerang kesakitan bagi memperoleh seorang cahaya mata.
Bagai baru semalam aku terdengar suara tangisanku sendiri.
Sedang para jururawat dan doktor bertungkus lumus mahu melihat gerhana matahari, aku sudah berteriak mahu keluar.
Aku sudah berteriak mahu menjalani kehidupan di dunia.

Hari ini, waktu ini, aku sudah 13 tahun berpijak di bumi.
Sudah 13 tahun aku belajar menjalani kehidupan.
Sudah 13 tahun juga aku dikurniakan deria deria rasa bagi mencapai matlamat hidup sendiri.
Sebaik sahaja umur aku menjangkau 12 tahun, aku baru mulai bisa menentukan apa yang aku mahu.
Aku sudah mulai punya matlamat sendiri.
Aku sudah mulai mahu mempelajari apa yang aku perlu bagi mencapai matlamat hidupku.
Aku sudah mulai minat untuk berdikari.
Aku sudah mulai mahu untuk berdiri sendiri.
Aku sudah mulai menghargai apa yang ada.
Malah aku juga sudah mulai mahu punya cinta. (itu tak penting.)

Esok, waktu itu.
Aku akan lebih mengerti apa itu hidup.
Aku akan lebih mengerti apa itu cita-cita.
Aku akan lebih mengerti apa itu cinta.
Aku akan lebih menghargai apa yang aku ada.
Aku akan mempunyai tanggungjawab yang lebih banyak terhadap segalanya.

Dan kemudiannya, detik itu,
Aku mungkin sudah tiada lagi menjalani kehidupan dengan normal di dunia ini.
Mungkin pada detik itu sudah tiba waktu untuk aku meninggalkan segalanya di dunia ini.
Mungkin ajal aku sudah tiba.
Mungkin pada detik itu, aku sudah tidak mampu lagi bersuara.
Tidak mampu lagi melihat segala senario kehidupan.
Tidak mampu lagi mendengar segala gelak tawa mereka yang menceriakan kehidupan ini.
Tidak mampu lagi menangis kerana mereka yang menoreh luka pada aku dan kemudiannya menabur garam pada luka itu.
Dan pada saat itu, aku tidak mampu lagi menaip blog sebegini.
Dalam erti kata lain, pada detik itu, aku mati. Menghembuskan nafas terakhir.





5.15pm. 5 Disember 2008. Port Dickson.

1 comments:

Ze Journalist said...

aku rasa macam 1 , is the best title . bnyk maksud . so , 1 :)

Post a Comment