Sunday, December 20, 2009

Sahabat

Dia dan aku.
Kami telah lama berpisah.

Aku punya hidup aku, dan dia punya hidup dia.

Tapi, aku masih cinta dia. Sikit.

Dan dia, tetap cinta aku.

Bagai cinta pertamanya dulu.

Entah kenapa.

Aku adakalanya takut bila dia selalu ucap sayang pada aku sedangkan dia punya perempuan lebih sempurna untuk dia sayang iaitu pacarnya sendiri.

Aku sering mengingatkan dia yang kita dah lama pisah, takkan cantum lagi, tapi kau sering balas, “Apa aku kisah. Aku pernah bilang kau aku punya. Jadi sampai bila-bila pun kau aku punya.”

Lalu aku ingatkan lagi kau, “Kau sudah punya dia, kesian dia, tak baik kau buat macam ni pada dia.”

Kau bidas lagi, “Hey! Lelaki boleh kahwin 4 laa. Aku nak bagi cukup kuota.”

HAHAHA terhambur berderai ketawa kita.

Kau memang. Gatal. Dari dulu sama aku, sampai sekarang sama perempuan itu.

Aku senang kawan dengan kau.

Aku masih ingat masa kau tenangkan aku bila aku menangis selepas putus jiwa dengan lelaki yang ke 4 selepas kau. Kita jumpa di taman permainan belakang rumah kau.

Soalan pertama kau, “Masa kita putus dulu, kau macam ni ke? Buruk gila rupa. Nasib baik putus.”

Soalan itu buat aku gelak gila tak henti. Babi. Kau jahat kan. Aku terus jawab, “Kepala botak kau. Aku tak pernah nangis macam ni masa aku putus dulu2. Sebab kau, lagi lah tak pernah.”

“Maknanya kau tak sayang aku lah dulu? Sampai hati kau kan. “ kau balas lalu kau diam bisu.

Aku balas, “Mana ada. Lately ni aku sentimental sikit laa. Siapa kata aku tak sayang kau. Aku masih sayang kau laa. Cuma takde la macam dulu. Gila apa.”

“Yelah.” Ringkas saja jawapan kau. Aku tahu kau terasa.

“Kau jangan la emosi2 macam ni. Aku tak suka lah. Kau nak tengok aku nangis lagi?”

“Tak mahu laa. Aku tak suka tengok kau nangis. Buruk gila.” Lalu kau ketawa. Entah apa yang lucu.

“Eee! Sejak bila kau jahat sangat dengan aku ni? Hahaha.” Aku balas pakej dengan cubitan.

“Awch! Sakit lah monster!” Kau sakat aku.

*************

Malam itu, bunyi ringtone handphone 3310 aku membingitkan. Aku tau itu mesti kau.

Kau mesti telefon aku setiap kali aku dah tidur. Alasan, saja mahu kacau aku tidur, tapi sebenarnya aku tahu kau rindu. Kalau kau bilang tidak, aku tahu kau tipu.

Tapi malam itu beda. Kau sedang sayu. Suara kau tak seceria selalu. Kau tak sakat aku. Aku tahu kau sayu.

“Kenapa kau?” Aku tanya.

“Entah. Dia buat hal lagi.” Kau jawab.

“Oh. Patut la cari aku. Um. Kau nak buat apa?”

“Mati kot. Aku rasa nak mati la.”

“Jangan menggatal la. Bodoh. Kau nak buat apa?”

“Entah. Myra, jumpa aku malam ni jugak boleh?”

“Apahal? Nak suruh aku keluar ikut mana? Celah tingkap dapur? Memang sampai esok pun aku sangkut kat situ la.”

“Haha. Kau ni kan perempuan. Aku tengah sayu kau buat lawak. Alah aku dah call mak kau cakap aku nak suruh kau tolong aku buat kerja sikit. Tidur rumah aku jom."

“Haha yelah tu kau. Kau pun tahu kan sekarang aku mana boleh keluar malam. Anak dara. Mak aku pun belum tidur lagi. Nak curi keluar pun tak boleh ni.”

“Aku nak kauu. Lagipun aku ajak Jimmy dan Cici sekali. Aku datang rumah kau, aku mintak la izin bekas bakal mak mertua aku tu.” Lalu kau ketawa suka.

“Bodoh. Kau nak datang pukul berapa?”

“Erm. Lagi 15 minit aku sampai. Siap cepat. Sayang kau lah babun comel.”

Terus kau matikan panggilan itu.

Dalam hati aku, ‘Sayang kau juga tenuk :)'

************

HAHAHAHAHAHAHA......HAHAHAHAHAHA...

Berhambur ketawa kita berempat. Malam itu, semua kegusaran kita buang jauh2. Kita terbangkan bersama roket roket kertas buatan sendiri.

Jimmy punya masalah sama bapa dia, kami bagi pendapat kami, dia diam.

Cici pula punya masalah sama seorang yang dikenalinya melalui internet. Lelaki itu seorang psycho yang tak henti henti menganggu dan meng-stalk account myspace Cici.

Adlie pula, masalah sama pacarnya. Semakin hari semakin gila. Adlie turut sama gila. Pacarnya curang, main kayu tiga, Adlie sabar lagi. Pacarnya merokok, Adlie tak kisah sebab dia turut sama. Tapi apabila pacarnya mula mengambil dadah, mengamalkan seks bebas, Adlie naik berang.

Dan aku, Myra, punya masalah menyelesaikan masalah mereka. Aku juga sedang kusut dengan kepala hotak aku. Masih memikirkan sampai bila aku begini. Susah untuk membawa diri sendiri lari dari mimpi.

Tapi malam itu, semua masalah kita seperti hilang begitu saja.

Kita gembira. Sahabat sejak Tadika Taman Sentosa. Bersih kelas sama-sama, bergaduh crayon mewarna, share nasi lemak sebungkus sama2, minum air sirap secawan kongsi berdua, memang banyak kenangan kita.

Walau kita terpisah di sekolah menengah, sorang di teknik, dua di sekolah berdekatan rumah dan lagi sorang di sekolah agama, tapi kita tetap sama.

Adlie teman yang pertama aku kenal. Sebab itu kami jatuh cinta, kami suka, dan akhirnya kami terpisah akibat desakan orang keliling kami. Tapi itu yang buat kami makin rapat sebagai sahabat. Kami sama sama faham diri sendiri. Jimmy dan Cici pula memang sentiasa bersama. Belangkas gamaknya. Mereka pasangan kekasih yang sangat sempurna.

***********

Keesokannya, semua masalah itu hilang.

Jimmy, hubungan dia dan ayahnya seperti biasa.

Cici, lelaki psycho itu tidak lagi mengganggunya setelah dimaki oleh Jimmy tersayang, malah Cici telah membuat account baru dan hanya ada Jimmy, Aku dan Adlie di friend list nya.

Adlie, malam itu juga dia minta putus. Dan pacarnya dengan rela memutuskan hubungan setahun 2 bulan itu. Adlie lega.

Aku, sudah tidak punya masalah menyelesaikan masalah mereka.

************

Dan setelah 10 tahun berlalu, kita masih sama. Sahabat yang mula kenal erti hidup.

Jimmy dan Cici bahagia bersama dua anak kembar tersayang mereka. Sepasang. Lelaki dan perempuan. Seorang diberi nama Adlie Danish, aku yang beri. Dan seorang lagi, Nur Amyra Adelia, Adlie yang beri.

Aku dan Adlie, akhirnya bersatu sekali lagi. Kita betul-betul bahagia kali ini.
4 tahun kemudian, kita bahagia punya cahaya mata sendiri. Arif Azimee, Aqasya Damya dan Damian Zulfy.

Sehingga kini, kami, 4 sahabat walaupun sudah punya hidup sendiri, keluarga sendiri, tapi kami masih seperti anak kecil yang gemar berlari di padang luas. Sahabat itu selamanya. Cinta itu juga selamanya.

1 comments:

Ze Journalist said...

Raksasa Sentimental ? or Sahabat ?

Post a Comment